Tuesday, September 15, 2009

bagai org mengantuk disorongkan bantal.

salam.
sy baru saje bace latest news...
fuuuuuuuhhh..

~STAM kini diiktiraf oleh JPA selaras dengan Stpm.~
ohhhh,..bagai org mengantuk disorongkan bantal..
sy dh lama tertgu2 berita sal ni.
dan, xsangka gak ape yg sy dok pk sblum ni, duk buat cadangn sorang2 lam otak ni jd realiti.
hahahaha.
yg penting dh jadik under JPA, ..
pasti, sy tertgu2 lg berita2 gmbira dprd pihak JPA pasni.
espcially pertaining middle east programme, mmmmmm....mmmmm... :)
pe2pun alhamdulillah.
ramadhan kareem.bulan yg byk bg berita gembira kpd sy.
mmg betuah.baru jer citer sal kehepian sy lam previous post yg related each other.

nih 1st news yg sy bc, taken from bernama.

Lulusan STAM Diterima Ikuti Pengajian Di IPTA

PUTRAJAYA, 15 Sept (Bernama) -- Lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kini diterima mengikuti pengajian di IPTA berikutan keputusan JPA mengiktiraf peperiksaan itu setaraf dengan STPM, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata di sini.-- BERNAMA

__________________________________________________

Jawatankuasa Khas Ditubuh Selaras Kurikulum J-Qaf Dan KAFA

PUTRAJAYA, 15 Sept (Bernama) -- Sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menyelaras kurikulum pengajian Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) dan Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) bagi mengelak pertindihan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau turut mengumumkan bahawa calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kini diterima mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berikutan keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengiktiraf peperiksaan itu setaraf dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

"Ini termasuk soal tenaga pengajar dan kelayakan guru yang mengajar, soal pensijilan dan akreditasi, selain meneliti soal infrastruktur, kelengkapan pembelajaran dan pengajaran pendidikan Islam sama ada di sekolah kebangsaan atau di KAFA sendiri.

"Di samping itu, (jawatankuasa akan mencari kaedah) bagaimana kita dapat membantu dalam soal meningkatkan mutu pembelajaran pendidikan Islam di sekolah-sekolah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenai hala tuju pengajian aliran agama di sini Selasa.

Mesyuarat turut dihadiri Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.

Muhyiddin juga berkata mesyuarat mendengar taklimat daripada Pengerusi Lembaga Pendidikan Islam (LEPAI) Tan Sri Yusof Noor yang akan berperanan lebih utama pada masa akan datang bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran Islam lebih mantap.

Khaled ketika ditemui pemberita berkata keputusan yang dibuat oleh JPA baru-baru ini memberi pengiktirafan kepada calon yang mempunyai kelayakan STAM untuk diterima masuk ke IPTA.

Katanya keputusan itu membabitkan kemasukan yang akan datang dan secara menyeluruh berbanding sebelum ini yang hanya diterima oleh sebahagian universiti.

"Dulu ada masalah universiti tertentu saja yang terima (tetapi) mulai sekarang
semua universiti yang ada kursus pengajian Islam atau gandingan, akan terima.

"
Sekarang memang ada sebahagian universiti yang dah terima, yang jadi masalah sebelum ini ialah universiti dan JPA," katanya.


-- BERNAMA


ermmm..keputusan pihak KPT amatlah dialu-alukan skali.

ape lg yer yg JPA akan buat kt stam? :o

mmmm..mmm..arap2nya ape yg bermain d fikiran sy skrg ini mnjd realiti plok.

beala, walapon Dato' muhyidin tok taw, mgkin beliau tgh wat ketas keje ape yg aku tgh cadang sorg2 ni. hahahahahahahaha.

koya jea lebeh~

2 comments:

snowman said...

alhamdulillah.
its a good strategy indeed. wahh...dengki nih. i guess, you are going to be 100% sponsored under JPA. beat me?hekhekhelhek

fateamah mohdsalleh said...

insyaAllah. tak baik dengki. i bet also. harap2nye impian jd kenyataan.aminnnnnnnnnn