Tuesday, August 25, 2009

ramadhan....ya sayyid al-shuhur....

assalamualaikum dan salam 1Malaysia..haha

alhamdulillah..hari ni 4 ramadhan..dh masuk 4 hari umat Islam berpuasa.
alhamdulillah skli lg, saya bersyukur sbb dgn kuasa dan izinNya,
sy dapat menjalani ibadah puasa dgn sempurna,
berkuasa melawan itu semua dogaan2 dan cobaan2~
alhamdulillah.


sedikit coretan tuk posting ni memandangkan lama dh tak update blog ini.


“Hai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang terdahulu dari kamu agar kamu bertaqwa” (2:183) Alangkah indahnya bagi jiwa mukmin apabila mendengar ayat tersebut,menantikan Ramadhan dengan hati yang penuh khusyuk dan tawadhuk.Bulan mulia yang dinanti-nantikan…bulan yang dipenuhi segala barakah.

YA shahr al-nur
ya shahr al-fuqara'
ya shahr al-ajri wa al--jazaa'
ya shahr al'usaat
ya shahr al-taubati wa al-rujuu'
bahkan hati2 mukmin itu senantiasa berseru,

”YA Allah Sampaikanlah kami di bulan Ramadhan“. Jiwa yang sensitif akan merasakan kelainan yang ada dalam Ramadhan dan senantiasa ternanti-nanti kerana inilah masanya untuk menambah ketaatan kepada Allah, walau apa jua keadaan, dengan komitmen Ubudiyah yang berterusan.RAmadhan yang penuh barakah harus kita jadikan sebagai momentum untuk menyelamatkan masyarakat dengan melakukan taqarrub ilallah melalui pelbagai aktiviti ibadah.



jd, marilah sama2 kita rebut peluang keemasan ini.
igtlah, sebagaimana yang kita tahu, pintu neraka ditutup,
manakala pintu syurga dibukakan.
pohonlah sebanyak2 maghfirah dariNya..
30 juzu' insyaAllah. moga Allah bagi kekuatan. InsyaAllah

ada kalanya sy merenung dengan kata2 ustaz lae,
selaku ustaz BADAR saya, hari last sekolah..
apa yg berlaku sekarang, bulan ramadhan ni tukar jadi bulan "galok"..
beliau royak la..
" sayo herey laaa ( trademark beliau )...gapo sbena hok kito nok cari d bule poso ni...
kito nok blumbo tambah amalei, blumbo g traweh ko...
ko blumbo g bbaza ramadhe..blumbo tamboh makaney..
...blumbo sapo cepak kenyey...macam mano ni..."

apa yg beliau nak smpaikan ialah, tak salah buat benda2 tu,
benda molep, tambah rezeki di bulan yg mulia ini,
mmg betol kata ustaz.
apa yg saya faham..
berkaitan dgn juadah nak berbuka puasa, kenapa lebih diberi perhatian, keutamaan?
"...nop buko poso nga gapo eh arini.."
sptutnya.. sederhanakanlah.
lebihkan yg lain. sama2lah muhasabahkan diri.
tak saya nafikan, kadang2 membazir plak.
tak saya nafikan gak, saya mengata kat diri sendiri.

betol ke tidak...
betol ke tidaakkk..
betol ke tidaaaakkkk.!?

disini, sy sbena agak malas tuk mnulih sekarang.
jd, bersempena bulan yg mulia ini,

sy ingin meminta maaf kepada sesape yang pernah mengenali sy,
smada secara langsung atau tak....
kdg2, sy xsedar yg saya telah menyakiti korang....
sbb... sy ni jenis brehi begura senda.
kpd siapa-siapa sahaja, samada yang pernah bertemu mata
atau tak,

atau
hanya bertemu mulut sahaja.

maafkanlah hamba (buke ambo) .. lain tu.heee~

lain rasa di hati ini. sero tersangkut jah. huk3..



Selamat datang wahai Ramadhan yang dirindui.
Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna disinari nur Ramadhannya. Kali ke 18 tahun aku melangkah sejauh ini untuk bertemu denganmu wahai Ramadhan.
Kali ini, pasti aku lakukan yang terbaik buatmu wahai kekasihku.
Aku tahu, cukup berat untuk memenuhi kehendakmu tapi aku redha dan istiqamah didalam membuat sesuatu kepadamu.


marhaban ahlan wa sahlan ya sayyid al-shuhur
lam na`rif qadraka wa lam nahfaz hurmataka ya shahr al-ghufran
fa ardi `anna wa la tashku minna ila al-rahman
wa kun shahidan lana bi al-fadli wa al-ihsan
(xtaw betol takk)


SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA.
SEMOGA DAPAT MENJALANI IBADAH DENGAN SEMPURNA

1 comment:

nik said...

salam...da lme ku tdak mbuke blog kftimah...smakin comey ku tgk..hik3..
salam rmdhan..